Perniagaan | PKS optimis prospek pertumbuhan

2022-09-21 0

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yakin akan merekodkan pertumbuhan hasil, namun masih khuatir dengan ketidaktentuan ekonomi serta dasar.

Menurut Presiden Persatuan PKS Malaysia (SAMENTA), Datuk William Ng, ia kerana perubahan kadar faedah dan suntikan bantuan oleh kerajaan kekal menjadi kegusaran peserta industri.